Followers

Thursday, October 15, 2015

KINI AKU KEMBALI !!!!

Assalammualaikum sahabat semua... sudah lama kiranya aku tidak menulis di blog ini. Memandangkan kerja seharian aku semakin banyak demi mencari rezeki... 

Syukur juga ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberikan aku rezeki seharian dan juga kesihatan yang sempurna buat aku... Dalam mencari kemewahan hidup aku tidak lupa untuk menjadi seorang insan yang patuh pada perintahnya... 

Sepanjang aku berdiam diri dari menghasilkan nukilan di sini, banyak pengalaman yang aku pelajari terutamanya dalam mencari erti persahabatan abadi.

Tatkala Malaysia ini semakin bergolak dengan bahang politik yang sentiasa berubah-ubah iklimnya, kita harus akur bahawa kita hanya insan kerdil... Dan persahabatan itu tidaklah seharunya menjadi penghalang kepada usaha untuk kita berjaya. 

Baiklah, coretan ini mungkin tidak akan memberi sebarang makna kepada anda semua, tetapi ia sekadar ingin memberitahu bahawa kini AKU TELAH KEMBALI untuk sama2 meneroka ke dunia penulisan yang lebih efektif....
Sekian buat masa ini.....
Assalammualaikum!!!

Tuesday, February 11, 2014

MAMPUKAH KITA KEMBALI MENDAKAP PIALA SUZUKI????

Salam buat semua rakan2... aku ni dah lama tak menulis.... hati ni memang nak sangat kongsi2 dengan rakan2 untuk apa2 perkara yang menarik... so insyallah minggu ni mungkin mencari mood permulaan yang baik untuk aku kembali menulis... Apa cerita yang menarik ya??? mungkin pasai bolasepak kot??? jom kita singkap balik kenangan terindah pasai bolasepak kita... Memang menarik kalau tengok senario bolasepak kita sekarang... bila buka surat khabar dah tentunya kita dapat tengok cerita2 sensasi pasai liga super... ada saja cerita pasai pasukan JDT... apa hebatnya JDT??? Ah!!! lupakan dulu JDT... Kita cerita pasai pasukan Bolasepak kesayangan kita Malaysia.... apa dah jadi dengan Malaysia??? Kita dah menang Pingat Emas Sukan Sea selepas 20 tahun di Viantiane Laos tahun 2009... Lepas tu kita menang pulak Piala Suzuki AFF tahun 2010 di Jakarta walaupun kita tewas di Bung karno, tapi kita menang di Bukit Jalil... Yang seronoknya aku ada bersama dengan penyokong Malaysia di Bung Karno menyaksikan detik bersejarah tersebut... Tapi malang sungguh kerana tak dapat meraikannya di sebabkan situasi di sana ketika itu amatlah tidak memihak kepada kita...

Selepas mendakap Piala Suzuki, apalagi rakyat Malaysia bercerita tentang kebangkitan bolasepak Malaysia boleh di katakan setiap hari... Hebatkan!!! Itulah di namakan Rakyat Malaysia... Dahaga kejuaraan di peringkat antarabangsa... Walaupun hanya di peringkat ASEAN, namun itulah kebanggaan kita.... Ketika itu ramai anak2 muda kita nak jadi macam Safee Sali, Syafiq Rahim, Mahali Jasuli, Amirul Hadi... dan tak ketinggalan juga ada yang nak jadi macam Khairul Fahmi... malah ramai lagi pemain muda kita yang hebat2 seperti Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, K. Gurusamy dan lain2 lagi...

Namun inilah realiti bolasepak Malaysia.... Kita meraikan kejayaan pasukan bolasepak kita selama 2 tahun hingga kita lupa bahawa pasukan negara lain cemburu dan berusaha untuk menewaskan kita... Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam antara nama besar di Asean yang sentiasa bersedia untuk membaham Harimau Malaya... 2 tahun berlalu dan tiba masanya kita menjadi tuan rumah Piala Suzuki... Akibat kita merasakan kita terlalu hebat, Jurulatih pun ketika itu telah menjadi Dato', maka pada persaingan Piala Suzuki yang mana kita menjadi tuan rumah, kita tewas pada perlawanan pertama kepada Singapura dengan jaringan 3-0.... Keputusan yang amat memalukan.... Tuan rumah dan juga juara bertahan tewas perlawanan pembukaan... Namun kita bangkit pada perlawanan kedua dan seterusnya kita layak ke separuh akhir bertemu dengan jiran tetangga Thailand.... Hebat juga Malaysia... rata2 peminat mengatakan senario 2010 akan kembali berulang... Masa yang di nanti pun kembali tiba... Dato' K. Rajagobal menyiapkan pasukan untuk perlawanan tersebut... Aku salah seorang di antara puluhan ribu yang bersesak2 untuk menyaksikan perlawanan tersebut akhirnya pulang hampa apabila kita hanya mencatat keputusan seri di bumi bertuah dan stadium keramat... Namun semangat penyokong tidak pernah pudar... Kumpulan penyokong yang mengelarkan diri mereka 'Ultras Malaya' dan juga rakayat Malaysia yang mempunyai kelapangan bersiap2 untuk turut bersama dengan Pasukan Malaysia ke Tahiland untuk perlawanan timbal balik... Airi Asia juga menyediakan penerbangan dengan kadar bayaran pergi balik RM 500 seorang dan hampir 1000 orang yang turut sama pergi termasuk dengan menggunakan kenderaan sendiri. Aku pun turut serta bergegas mengambil cuti memandangkan perlawanan tersebut berlangsung hari Khamis, dan bertolak ke Tahiland melalui jalan darat yang mengambil masa hampir sehari bersama anak dan isteri... Ini semua di lakukan demi meniup semangat kepada pasukan kesayangan kita Harimau Malaya.... Punah!!!Hampa!!!Kecewa!!! itulah luahan yang aku dengar daripada mulut penyokong kita di sana... Tiada permainan dalam pasukan kita... 2 tahun kita enjoy sebagai juara... kita kalah kepada Thailand..... nama2 pemain seperti Safee Sali, Syafiq Rahim, Wan Zack Haykal dan ramai lagi kembali tenggelam... Dato' K. Rajagobal di kutuk di sebabkan kekeringan idea untuk membawa kita mengekalkan kejuaraan... Tahun ini pila Suzuki AFF kembali.... mampukah kita kembali menjadi juara???? mampukah kita membina kekuatan pasukan dengan jurulatih baru???  Ayuhhh kita terus menyokong Harimau Malaya!!!!

Wednesday, April 20, 2011

KAJI SEMULA KEDUDUKAN MCA DAN GERAKAN

Assalammualaikum semua.... Mungkin dah lama aku tak menulis. Ini kebetulan adalah kerana kesibukkan aku bekerja untuk mencari sesuap rezeki. Apa yang akan aku coretkan hari ini adalah kerana kemelut politik yang ketika ini amat teruk sekali melanda dalam negara kita sepanjang tempoh 50 tahun merdeka... Rakan-rakan pembaca sekelian, aku sebagai salah seorang generasi muda melihat kemelut politik ini adalah angkara sesetengah pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

Pada 16hb April 2011 yang lalu, sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional di pilih menerajui kerajaan Negeri Sarawak apabila memenangi 55 kerusi DUN yang rata2nya adalah di kalangan pengundi Bumiputera Sarawak. Syukur kerana golongan ini masih menghargai kerajaan Barisan Nasional walaupun pembangunan di kawasan mereka agak ketinggalan jika di bandingkan dengan kedudukan masyarakat Cina di bandar-bandar besar seperti di Sibu dan Kuching.

Apa yang penting hari ini, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak amnya dan Pehin Taib Mahmud khususnya harus lebih melihat keadaan golongan bumiputera Sarawak daripada terus memberi keselesaan kepada Pengundi Cina di bandar-bandar besar.

Kenyataan ini bukan bermaksud memperlekehkan undi masyarakt cina, tetapi dengan berakhirnya pilihanraya Negeri Sarawak jelaslah pengundi Masyarakt Cina tidak bersyukur dengan segala kemudahan dan kemewahan yang di berikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada mereka.

Sentimen perkauman sempit yang di bawa oleh DAP dan PKR jelas mempengaruhi mereka walaupun kedua-dua parti itu tidak pernah berjasa kepada mereka.

Kini sudah tibalah masanya Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib melihat ketulusan 2 lagi parti terbesar kaum cina iaitu MCA dan GERAKAN sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional.

Sehingga kehari ini gerak kerja yang di lakukan oleh MCA dan GERAKAN dilihat terlalu layu dan ini memberi kelebihan kepada DAP dan PKR untuk terus menghentam UMNO walaupun hakikatnya UMNO semakin mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.

Tan Sri Koh Tsu Koon yang di angkat oleh Dato Seri Najib sebagai menteri KPI harus menilai sendiri diri beliau. Apakah tugas seorang menteri KPI hanya duduk di belakang Perdana Menteri? Manakah gerak kerja untuk menjurus ke arah pilihanraya? Sedarkah beliau bahawa masyarakat cina tidak lagi menyukai beliau? dan mengapakah beliau terlalu angkuh sebagai Pengerusi Barisan Nasional dengan tidak banyak membantu dalam gerak kerja di Negeri Pulau Pinang?

Kerajaan Barisan Nasional Pimpinan YAB Dato Seri Najib harus lebih menumpu kepada masyarakat di kampung-kampung, ulu, bandar-bandar kecil yang banyak didiami oleh golongan melayu dan masih jauh ketinggalan berbanding dengan golongan lain. Tidak lupa juga fokus kerajaan BN harus di lebihkan juga kepada golongan pengundi India yang ketika ini di lihat sudah kembali bersama dengan Barisan Nasional untuk terus mengembleng pembangunan negara.

Tuesday, July 21, 2009

Politik oh Politik

Assalammualaikum... lama jugak aku tak menulis dekat sini... mungkin aku terlalu sibuk dalam tugasan harian aku... Pening jugak kepala aku sejak kebelakangan ni aku tengok sesama melayu bergaduh kerana rebutkan kuasa politik. UMNO-PAS 2 buah parti yang bagi aku harus bersatu. Tapi malang sebab PAS asyik menyalahkan UMNO. Yang bodohnya rakyat Malaysia kena tipu dengan politik UMNO-PAS.
PAS kata depa hebat sebab parti depa berdasarkan ISLAM. UMNO pulak bangga dengan pembangunan yang dilakukan. Tapi aku nak pesan kat orang melayu. kalau asyik nak tengok benda ni semua bila kita nak maju. Aku nak pesan kat bangsa aku, jangan asyik seronok dok tengok politik dan dok pi dengar ceramah, sebabnya nanti bangsa kita binasa baru kita tau....
Apa pun aku tetap penyokong setia UMNO sebab kerana UMNO hari ni kita semua dapat kecapi keamana di bumi tercinta Malaysia. kalau rakan-rakan di luar nak sertai PAS-Parti Ajaran Sesat atau PKR-Parti Komunis Rakyat atau DAP-Darah Anak pengganas terpulang lah. sebab setahu aku yang membentuk Malaysia adalah UMNO. kalau kesilapan kecil yang UMNO lakukan hari ini tidakkah boleh di kenang atas kesenangan yang di kecapi selama ini. Itu bukan kuasa aku.
Tengok sendiri bila PAS,PKR,DAP memerintah di 4 negeri haru biru jugak jadi... Berita yang depa semua keluarkan kebanyakkan adalah berunsur penipuan semata-mata. Jadi kepada rakan-rakan di luar nilailah yang mana intan yang mana kaca.
selamat berjumpa lagi.........