Followers

Wednesday, April 20, 2011

KAJI SEMULA KEDUDUKAN MCA DAN GERAKAN

Assalammualaikum semua.... Mungkin dah lama aku tak menulis. Ini kebetulan adalah kerana kesibukkan aku bekerja untuk mencari sesuap rezeki. Apa yang akan aku coretkan hari ini adalah kerana kemelut politik yang ketika ini amat teruk sekali melanda dalam negara kita sepanjang tempoh 50 tahun merdeka... Rakan-rakan pembaca sekelian, aku sebagai salah seorang generasi muda melihat kemelut politik ini adalah angkara sesetengah pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

Pada 16hb April 2011 yang lalu, sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional di pilih menerajui kerajaan Negeri Sarawak apabila memenangi 55 kerusi DUN yang rata2nya adalah di kalangan pengundi Bumiputera Sarawak. Syukur kerana golongan ini masih menghargai kerajaan Barisan Nasional walaupun pembangunan di kawasan mereka agak ketinggalan jika di bandingkan dengan kedudukan masyarakat Cina di bandar-bandar besar seperti di Sibu dan Kuching.

Apa yang penting hari ini, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak amnya dan Pehin Taib Mahmud khususnya harus lebih melihat keadaan golongan bumiputera Sarawak daripada terus memberi keselesaan kepada Pengundi Cina di bandar-bandar besar.

Kenyataan ini bukan bermaksud memperlekehkan undi masyarakt cina, tetapi dengan berakhirnya pilihanraya Negeri Sarawak jelaslah pengundi Masyarakt Cina tidak bersyukur dengan segala kemudahan dan kemewahan yang di berikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada mereka.

Sentimen perkauman sempit yang di bawa oleh DAP dan PKR jelas mempengaruhi mereka walaupun kedua-dua parti itu tidak pernah berjasa kepada mereka.

Kini sudah tibalah masanya Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib melihat ketulusan 2 lagi parti terbesar kaum cina iaitu MCA dan GERAKAN sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional.

Sehingga kehari ini gerak kerja yang di lakukan oleh MCA dan GERAKAN dilihat terlalu layu dan ini memberi kelebihan kepada DAP dan PKR untuk terus menghentam UMNO walaupun hakikatnya UMNO semakin mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.

Tan Sri Koh Tsu Koon yang di angkat oleh Dato Seri Najib sebagai menteri KPI harus menilai sendiri diri beliau. Apakah tugas seorang menteri KPI hanya duduk di belakang Perdana Menteri? Manakah gerak kerja untuk menjurus ke arah pilihanraya? Sedarkah beliau bahawa masyarakat cina tidak lagi menyukai beliau? dan mengapakah beliau terlalu angkuh sebagai Pengerusi Barisan Nasional dengan tidak banyak membantu dalam gerak kerja di Negeri Pulau Pinang?

Kerajaan Barisan Nasional Pimpinan YAB Dato Seri Najib harus lebih menumpu kepada masyarakat di kampung-kampung, ulu, bandar-bandar kecil yang banyak didiami oleh golongan melayu dan masih jauh ketinggalan berbanding dengan golongan lain. Tidak lupa juga fokus kerajaan BN harus di lebihkan juga kepada golongan pengundi India yang ketika ini di lihat sudah kembali bersama dengan Barisan Nasional untuk terus mengembleng pembangunan negara.