Followers

Tuesday, February 11, 2014

MAMPUKAH KITA KEMBALI MENDAKAP PIALA SUZUKI????

Salam buat semua rakan2... aku ni dah lama tak menulis.... hati ni memang nak sangat kongsi2 dengan rakan2 untuk apa2 perkara yang menarik... so insyallah minggu ni mungkin mencari mood permulaan yang baik untuk aku kembali menulis... Apa cerita yang menarik ya??? mungkin pasai bolasepak kot??? jom kita singkap balik kenangan terindah pasai bolasepak kita... Memang menarik kalau tengok senario bolasepak kita sekarang... bila buka surat khabar dah tentunya kita dapat tengok cerita2 sensasi pasai liga super... ada saja cerita pasai pasukan JDT... apa hebatnya JDT??? Ah!!! lupakan dulu JDT... Kita cerita pasai pasukan Bolasepak kesayangan kita Malaysia.... apa dah jadi dengan Malaysia??? Kita dah menang Pingat Emas Sukan Sea selepas 20 tahun di Viantiane Laos tahun 2009... Lepas tu kita menang pulak Piala Suzuki AFF tahun 2010 di Jakarta walaupun kita tewas di Bung karno, tapi kita menang di Bukit Jalil... Yang seronoknya aku ada bersama dengan penyokong Malaysia di Bung Karno menyaksikan detik bersejarah tersebut... Tapi malang sungguh kerana tak dapat meraikannya di sebabkan situasi di sana ketika itu amatlah tidak memihak kepada kita...

Selepas mendakap Piala Suzuki, apalagi rakyat Malaysia bercerita tentang kebangkitan bolasepak Malaysia boleh di katakan setiap hari... Hebatkan!!! Itulah di namakan Rakyat Malaysia... Dahaga kejuaraan di peringkat antarabangsa... Walaupun hanya di peringkat ASEAN, namun itulah kebanggaan kita.... Ketika itu ramai anak2 muda kita nak jadi macam Safee Sali, Syafiq Rahim, Mahali Jasuli, Amirul Hadi... dan tak ketinggalan juga ada yang nak jadi macam Khairul Fahmi... malah ramai lagi pemain muda kita yang hebat2 seperti Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, K. Gurusamy dan lain2 lagi...

Namun inilah realiti bolasepak Malaysia.... Kita meraikan kejayaan pasukan bolasepak kita selama 2 tahun hingga kita lupa bahawa pasukan negara lain cemburu dan berusaha untuk menewaskan kita... Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam antara nama besar di Asean yang sentiasa bersedia untuk membaham Harimau Malaya... 2 tahun berlalu dan tiba masanya kita menjadi tuan rumah Piala Suzuki... Akibat kita merasakan kita terlalu hebat, Jurulatih pun ketika itu telah menjadi Dato', maka pada persaingan Piala Suzuki yang mana kita menjadi tuan rumah, kita tewas pada perlawanan pertama kepada Singapura dengan jaringan 3-0.... Keputusan yang amat memalukan.... Tuan rumah dan juga juara bertahan tewas perlawanan pembukaan... Namun kita bangkit pada perlawanan kedua dan seterusnya kita layak ke separuh akhir bertemu dengan jiran tetangga Thailand.... Hebat juga Malaysia... rata2 peminat mengatakan senario 2010 akan kembali berulang... Masa yang di nanti pun kembali tiba... Dato' K. Rajagobal menyiapkan pasukan untuk perlawanan tersebut... Aku salah seorang di antara puluhan ribu yang bersesak2 untuk menyaksikan perlawanan tersebut akhirnya pulang hampa apabila kita hanya mencatat keputusan seri di bumi bertuah dan stadium keramat... Namun semangat penyokong tidak pernah pudar... Kumpulan penyokong yang mengelarkan diri mereka 'Ultras Malaya' dan juga rakayat Malaysia yang mempunyai kelapangan bersiap2 untuk turut bersama dengan Pasukan Malaysia ke Tahiland untuk perlawanan timbal balik... Airi Asia juga menyediakan penerbangan dengan kadar bayaran pergi balik RM 500 seorang dan hampir 1000 orang yang turut sama pergi termasuk dengan menggunakan kenderaan sendiri. Aku pun turut serta bergegas mengambil cuti memandangkan perlawanan tersebut berlangsung hari Khamis, dan bertolak ke Tahiland melalui jalan darat yang mengambil masa hampir sehari bersama anak dan isteri... Ini semua di lakukan demi meniup semangat kepada pasukan kesayangan kita Harimau Malaya.... Punah!!!Hampa!!!Kecewa!!! itulah luahan yang aku dengar daripada mulut penyokong kita di sana... Tiada permainan dalam pasukan kita... 2 tahun kita enjoy sebagai juara... kita kalah kepada Thailand..... nama2 pemain seperti Safee Sali, Syafiq Rahim, Wan Zack Haykal dan ramai lagi kembali tenggelam... Dato' K. Rajagobal di kutuk di sebabkan kekeringan idea untuk membawa kita mengekalkan kejuaraan... Tahun ini pila Suzuki AFF kembali.... mampukah kita kembali menjadi juara???? mampukah kita membina kekuatan pasukan dengan jurulatih baru???  Ayuhhh kita terus menyokong Harimau Malaya!!!!

1 comment:

Unknown said...

In Sha Allah kejayaan akan jadi milik kita jua. jika strategi serta perancang disusun semula. permain yang berkebolehan perlu diutamakan.permain yg ada harapan pergilap semula..tiada pilih kasih.