Followers

Thursday, October 15, 2015

KINI AKU KEMBALI !!!!

Assalammualaikum sahabat semua... sudah lama kiranya aku tidak menulis di blog ini. Memandangkan kerja seharian aku semakin banyak demi mencari rezeki... 

Syukur juga ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberikan aku rezeki seharian dan juga kesihatan yang sempurna buat aku... Dalam mencari kemewahan hidup aku tidak lupa untuk menjadi seorang insan yang patuh pada perintahnya... 

Sepanjang aku berdiam diri dari menghasilkan nukilan di sini, banyak pengalaman yang aku pelajari terutamanya dalam mencari erti persahabatan abadi.

Tatkala Malaysia ini semakin bergolak dengan bahang politik yang sentiasa berubah-ubah iklimnya, kita harus akur bahawa kita hanya insan kerdil... Dan persahabatan itu tidaklah seharunya menjadi penghalang kepada usaha untuk kita berjaya. 

Baiklah, coretan ini mungkin tidak akan memberi sebarang makna kepada anda semua, tetapi ia sekadar ingin memberitahu bahawa kini AKU TELAH KEMBALI untuk sama2 meneroka ke dunia penulisan yang lebih efektif....
Sekian buat masa ini.....
Assalammualaikum!!!