Followers

Wednesday, September 28, 2016

BAYANG-BAYANG !!!

Assalammualaikum rakan2 pembaca yang di hormati sekelian... Hari ni aku masih berkelapangan untuk menulis di blog aku.. Mungkin masih ramai yang belum mengikuti tulisan aku sebelum2 ini... Semuanya kerana aku sibuk dengan urusan seharian aku dan tidak dapat terlalu fokus dalam penulisan... Namun Alhamdulillah ... aku telah kembali mendapat peluang untuk menulis dan mengupdate blog aku ni ... 

Hari ni aku nak cerita pasal "BAYANG-BAYANG"... so aku rasa ramai kawan2 yang tau akan BAYANG2 tu apa... BAYANG2 ni kalau ikut dari ape yang aku belajar di sekolah dulu adalah "apabila kita berdiri mengadap cahaya maka akan terpacul sesuatu yang menyerupai kita di sebalik badan kita yang bewarna hitam" ... itu fahaman aku lah dari segi yang aku belajar... atau pun bila kita letak sesuatu objek so akan jadi benda yang sama.... BAYANG2 ni kadang2 juga boleh menjadi musuh kepada kita apabila kita takut melihat bayang kita sendiri... ( tak tau lah pulak kalau ada yg tengok bayang ni tak leh tido malam ) .... Tapi benda ni macam betul2 berlaku lah pulak... Berlaku pada seorang tua yang terlalu takut dengan bayang die sendiri... Sampaikan ape yang die buat hari ni semua tak kena... Sebab ape sebab dia takut dengan bayang2 dia sendiri... Sampaikan kehidupan dia berubah.... Apa yang dia buat serba tak kena.... 

Macam ni lah pesanan aku sebagai anak muda kepada orang tua ni... Banyakkanlah duduk di Masjid dan baca AL-Quran... Supaya bayang2 sendiri tadi tak lah selalu ikut dia... ni sampaikan nak tido malam pun bayang2 ni masih ikut walhal lampu semua dah tutup kot... Kadang2 kite kene pikir jugak ... kenape kita takut dengan bayang2 sendiri.... Mungkin kita ada kesilapan yang secara sengaja kita lakukan terhadap orang lain... Hasilnya apa yang orang buat kita akan rasa dia nak kenakan kita... 

So rakan2 pembaca ku sekelian Dalam hidup kita ni tak perlulah kita nak mencari salah orang ... Kadang2 salah diri sendiri kita tak nampak ... dan satu lagi Andai kita tak buruk sangka dengan orang pasti bayang2 kita tak akan menakutkan kita.... so nasihat aku kepada orang tua ni... sudah2lah... hang tu bukan lah warak sangat... hang banyak sangat tipu orang.... cerita2 hang pun kadang2 tak betui... hang pun dengaq cerita2 orang yang tak betoi... sebab tu lah hang takut dengan "BAYANG-BAYANG" hang sendiri... 

MUSLIM YANG BAIK
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”.


Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza’iy r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”



TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda munafik itu ada tiga,
(1) Apabila berbicara dia dusta 
(2) Apabila berjanji dia mungkir
(3) Apabila dipercayai, dia khianat

Selamat membaca buat semua teman2 ku... insyallah jumpa lagi .... 


Tuesday, September 27, 2016

SAHABAT YANG MUSIBAT

Salam sejahtera dan selamat petang buat rakan2 aku yang di hormati.. hari ni aku masih ada feel untuk menulis tapi kisah ni aku dengar dari seorang rakan yang aku temui masa aku berurusan di salah sebuah kementerian pagi tadi.... walaupun kisah ini kadang2 tak dak kene mengena dengan kehidupan korang, tapi kadang2 boleh di jadikan iktibar dan pedoman supaya korang lebih berhati2 dengan manusia yang seperti ini. Kadang tu biasa la bila kita dah percaya dengan seseorang tu kita takkan nak mengata dia, tapi sebaliknya berlaku bila kita terlalu mempercayai maka dia akan ambil peluang untuk menipu kita.. 

So kisahnya beginilah... Aku jumpa member aku pagi tadi, sambil bersalam dan bertanya khabar dia tanya kat aku urusan apa aku pi kementerian ni... aku pun jawablah aku saja nak cari satu kebenaran sebab aku tak suka dengaq dari satu pihak. lepas tu member aku ni pun bagi tau kat aku yang dia ni pun datang ke kementeria ni atas urusan peribadi. Dia nak jumpa dengan seorang pegawai bagi mengesahkan satu kenyataan yang dia sendiri tak tau kepastian. Aku pun cakaplah dekat dia elok sangat lah kalau macam tu, tak baik kita dengaq dari satu pihak. Tapi dia ni dengaq cerita tu dari seorang sahabat dia yang rapat sangat dan selalu jumpa untuk pelbagai urusan. 

Cerita dia lagi, masa dia jumpa pegawai tu ada beberapa orang lagi member pegawai tu ada sekali dan dengan penuh khusuk dok dengaq la soalan yang dia tanya... senang cerita dia tanya straight foward dekat pegawai tu. Pegawai tu terus melenting akibat sahabat dia ni dah guna nama pegawai ni untuk jaja cerita kat luaq yang pegawai ni ambik duit dari dia. Member aku ni pun terkejut la ayat pertama yang keluaq dari mulut member aku ni "MUSIBAT PUNYA SAHABAT" sanggup tipu aku pasai nak sapu semua benda yang dia dapat... Pegawai tu pun habaq la kat member aku ni , ayat dia bunyi lebih kurang mcm ni la " Ko jangan risau, orang yang tipu ni kadang2 tembelang dia tak lama... contohnya tgk hari ni ko datang ko dah dapat satu maklumat yang berguna"... Aku pun lepas ni boleh lah berhati2 dengan sahabat aku ni... 

Di pendekkan cerita sebelum dia keluaq dari bilik pegawai tu... dia dapat la pesanan yang amat berguna "SAHABAT YANG MUSIBAT memang ramai dari SAHABAT YANG SANGGUP SUSAH SENANG BERSAMA... LEPAS NI KALAU NAK BEKAWAN UJI DULU JANGAN MAIN PERCAYA JA.... TAMBAH DIA LAGI KALAU JUMPA ULAQ DENGAN  SAHABAT KO NI , LEBIH BAIK KO KETUK DIA DULU BARU KO KETUK ULAR TU... DAN YANG TERAKHIR INSYALLAH BENDA YANG ORANG BUAT TAK ELOK KAT KITA SEKEJAP JE AKAN PECAH DAN TAK SELALUNYA TAHAN LAMA"

Masa kawan aku ni nak gerak balik dia cakap dekat aku "mie hang hati2 dengan kawan yang MUSIBAT macam ni, aku dah kena dah so aku nasihatkan hang kalau ada kawan2 yang macam ni better hang jangan kawan la" ... aku pun angguk la lepas tu dia kata nanti kita jumpa lagi .. dia ada cerita lagi best pasai duit RM184..... so pasai cerita ni lah dia pi confirm dengan pegawai tu.... aku pun apa lagi wowwww kan jelah ... insyallah lepas ni kalau aku jumpa dia aku nak tanya kisahni... yang pasti pegawai tu dah cerita habis kat dia... wallahualam......

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

p/s : CERITA NI TAKDAK KENA MENGENA DENGAN SAHABAT2 AKU YANG BAIKK.... CUMA SORANG JA AKU RASA SAHABAT AKU YANG PERANGAI DIA MACAM DALAM CERITA NI ... WALLAHUALAM..... 

SELAMAT MEMBACA!!!!

Monday, September 26, 2016

PEROMPAK YANG JADI KAYA

Assalammualaikum... 

Alkisahnya.. pagi tadi semasa aku minum pagi , tiba2 datang seorang teman aku yang dah sekian lama tidak kutemui. Lalu dia memberi salam kepada aku dan aku dengan selamba menjawab salam dan mempelawa beliau untuk duduk semeja dengan aku. Sambil bertanya khabar lalu beliau memesan minuman 'teh o panas' sama seperti apa yang aku minum. 

Perbualan kami lebih terarah kepada cerita2 tentang kehidupan yang mana usia kami kini semakin meningkat dan hampir menjengah 4 series... hehehhe 

sambil berceloteh teman aku ni pun berkata lah... "Fahami ko tau tak .. hidup kita ni kadang2 kita tak tau bila kita nak pergi.." dengan nada yang agak serius. Aku yang duduk memerhatikan reaksi beliau terus angukkan saja kepala tanda setuju. Lalu aku mempersoalkan kenape tiba2 dia nak buka cerita ni.. "Ape maksud kau ni man... Macam ade yang tak kene je.." aku mempersoalkan beliau. 

"macam ni fahami, baru ni aku balik ke kampung aku di Johor".. Jasman memulakan cerita beliau. "Bile aku sampai di kampung tu, aku ade terserempak dengan seorang pakcik ni .. usia dia lebih kurang awal 60an.. Aku kebetulan menegur pakcik ni, aku tgk muke die ni agak gelisah jugak." "Pakcik nak pegi mane ni... Lalu pakcik kamal yang aku kenali lebih kurang 10 tahun ni pun menjawab, aku nak pegi minum tapi ko taulah man... orang kampung ni semua dah mula tak suka dekat aku..." Aku mula rasa agak menarik dengan cerita ni lalu aku pun mempelawa pakcik ni ke pekan untuk minum bersama aku. "pakcik jomlah kita pegi minum dekat pekan.. pakcik tinggal lah motor pakcik naik dengan saya" Pakcik kamal bersetuju lalu meninggalkan moto beliau di tepi pokok kelapa yang sudah berbuah dan tunggu masa untuk di petik oleh beruk tu dan naik kereta aku... 

"Man tak sangka sekarang kau dah berjaya ye.. " pakcik kamal menyapa aku dalam perjalanan menuju kedai minum. "Alhamdulillah la pakcik, hasil kesabaran dan usaha tanpa jemu saya ni.. ade lah sikit rezeki saya dan keluarga. Yang pasti saya usaha dengan titik peluh saya sendiri untuk berada dalam kedudukan saya yang sederhana ni." aku terus memandu menuju ke pekan. Sambil2 tu aku menjeling pakcik kamal yang agak murung selepas aku berkata2 begitu. 

"Baguslah man, kau usaha untuk berjaya macam yang kau ade hari ni, tapi kau jangan jadi seperti pakcik man"... aku terkejut lalu memaling muka memandang pakcik kamal... " Maksud pakcik? Bukankah pakcik jugak dah kaya raya dan ada anak2 yang kaya jugak ?? "

Pakcik kamal merupakan bekas pegawai kerajaan yang berjaya dengan mempunyai rumah besar dan kereta mewah. dari cerita yang aku dengar dari orang kampung dia berhenti sebagai pegawai kerajaan kerana nak menjalankan perniagaan. Dan aku anggap selama ini dia mampu dan berjaya kerana usaha beliau sendiri. 

Sampainya kami di kedai makan sambil memesan makanan pakcik kamal terus menyambung cerita beliau yang tertangguh dalam perjalanan tadi. "Memang betul man ape yang kau cakap tu, .. Semua orang cakap aku kaya, tapi niat aku ceritakan pada kau ni man sebab aku dah rasa tak selesa dengan hidup aku,... hidup aku jadi serba tak kena sekarang ni,.. semua orang dah tau cerita aku yang sebenarnya." Aku pun terkebil2 dan terus menanti cerita seterusnya dari beliau. 

"Masa pakcik kerja kerajaan dulu, pakcik selalu berlagak mewah, mewah bukan sebab gaji pakcik tinggi tapi sebab banyak taukey2 cina yang jaga pakcik, Kebetulah tu satu hari pakcik di tangkap oleh pegawai atasan pakcik atas sebab pakcik terima rasuah dan di arahkan berhenti kerja serta merta atau di kenakan tindakan disiplin. Pakcik pilih untuk berenti kerja sebab kebetulan isteri pakcik masa tu anak kepada seorang kenamaan yang boleh di katakan kaya. Jadi pakcik tak nak nampak macam pakcik ada salah, so pakcik bagi tau dekat keluarga isteri pakcik yang pakcik berenti untuk menjalankan perniagaan" sambung pakcik kamal meneruskan ceritanya sambil aku terus menjadi pendengar setia. 

"Berbekalkan modal duit rasuah yang pakcik terima dan juga isteri pakcik anak orang kenamaan pakcik pun mencuba untuk manjadi businessman. Alhamdulillah usaha pakcik yang berterusan dengan di bantu oleh bapak mertua pakcik, so pakcik berjaya strike 2 projek yang boleh di anggarkan besar jugak. Tapi projek yang pakcik dapat ni pun dengan jalan yang tak betul. dan dengan hasil ini jugaklah pakcik membesarkan anak2 pakcik." aku jadi terkejut dengan cerita beliau namun aku terus mendiamkan diri dan terus mendengar penjelasan beliau." Tapi man kebelakangan ni ramai yang dah tau cerita pakcik dan pakcik jadi malu untuk berdepan dengan masyarakat sebab pakcik hidup mewah bukan dengan hasil yang betul, pakcik hidup ibarat PEROMPAK YANG JADI KAYA" .... 

"Harta keluarga pakcik jugak pakcik ambil sehinggakan adik beradik pakcik buang pakcik dari keluarga, ini semua berlaku sebab pakcik terlalu tamak dan inginkan kesenangan dengan cepat tanpa berusaha. Anak2 pakcik man tengok mewah pun bukan hasil usaha die orang sendiri, tapi di sebabkan rezeki die orang nak dapat kawin dengan orang berada. Apepun hari ni pakcik menyesal dengan kehidupan pakcik, orang ramai dah mula tak menghormati pakcik di sebabkan pakcik berlagak sampai dah ade yang menghina keluarga pakcik. Pakcik terima hinaan ni sebab pakcik sedar ini semua kesilapan pakcik yang membesarkan anak2 pakcik dengan duit haram." .... Aku terus terdiam dan tidak lagi mahu mendengar cerita beliau, lalu aku pangil brader tu dan bayar makanan sambil memberitahu pakcik tu " PAKCIK JANGAN RISAU SAYA BAYAR MAKAN NI DENGAN HASIL TITIK PELUH SAYA BEKERJA" aku sambung lagi " DALAM HIDUP NI PAKCIK, KITA TAK PERLU NAK SOMBONG SANGAT DENGAN KEKAYAAN YANG KITA ADA DENGAN MENGHINA ORANG LAIN, BIARLAH APA YANG KITA ADA HARI NI SEBENARNYA UJIAN DARI ALLAH S.W.T YANG DI PINJAMKAN BUAT KITA," Selepas mendapat baki bayaran makanan kami pun naik kereta dan pulang sambil aku terus menasihatkan beliau pula. walaupun dia lebih tua dari aku, tapi sebagai seorang islam aku patut menasihati beliau. 

"PAKCIK,.. KITA DI BERI PELUANG UNTUK HIDUP SEKALI SAHAJA, JANGANLAH KEHIDUPAN KITA INI DI PERSIAKAN DENGAN MELAKUKAN PERKARA2 YANG TAK BAIK, KALAU PAKCIK DAH TAHU KESILAPAN PAKCIK CUBALAH PAKCIK PERBETULKAN BALIK... JANGANLAN BILA PAKCIK DAH MEROMPAK PAKCIK MASIH NAK TUNJUK BAGUS LAGI,... ANAK2 PAKCIK TU PUN PAKCIK NASIHAT LAH SAMA JANGAN JADI MACAM PAKCIK PULAK... BIARLAH KESILAPAN TU PAKCIK SORANG SAJA YANG BUAT... JANGAN LAH BUAT SECARA BERJEMAAH PULAK..." akhirnya aku sampai ketempat pakcik letak motor.. sebelum turun dari kereta aku dia sempat berkata.. " Banyak lagi benda yang pakcik nak cerita, tapi pakcik takut pakcik tak sempat nak taubat pulak nanti. apa pun pakcik doakan man berjaya dalam hidup dan jangan jadi perompak macam pakcik"... aku pula membalas dengan berkata... "PEROMPAK YANG KAYA HIDUP TAK BERKAT PAKCIK OIII... BERUBAHLAH PAKCIK SEBELUM TERLAMBAT" sambil angguk dia menutup pintu. 

"Tulah cerita aku Fahami, kadang2 manusia ni tamak sanggup buat apa saja"

"Man aku nak kene gerak dah ni nanti ada masa kita jumpa lagi ... best jugak cerita ko ni.. boleh aku jadikan pedoman hidup... so minum pagi ni ko nak bayar ke aku yang bayar." kami tergelak besar.. sambil man kate kat aku " ko jelah yang bayar fahami sebab aku tahu ko bukan PEROMPAK YANG KAYA " .... 

Kami pun balik lah ke ofis masing2... insyallah nanti kalau aku jumpa man lagi aku akan tanya cerita terbaru pakcik tu.... so ingatlah kita ni hidup hanya sementara... berbuat lah amal yang baik2 

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
Apakah orang yang dihiasi perbuatannya yang buruk (oleh setan) lalu ia menganggap perbuatannya itu baik, (sama dengan dengan orang yang tidak diperdaya setan?), maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. [Fathir/35:8]
Insyallah Sehingga kita bertemu lagi.......