Followers

Tuesday, September 27, 2016

SAHABAT YANG MUSIBAT

Salam sejahtera dan selamat petang buat rakan2 aku yang di hormati.. hari ni aku masih ada feel untuk menulis tapi kisah ni aku dengar dari seorang rakan yang aku temui masa aku berurusan di salah sebuah kementerian pagi tadi.... walaupun kisah ini kadang2 tak dak kene mengena dengan kehidupan korang, tapi kadang2 boleh di jadikan iktibar dan pedoman supaya korang lebih berhati2 dengan manusia yang seperti ini. Kadang tu biasa la bila kita dah percaya dengan seseorang tu kita takkan nak mengata dia, tapi sebaliknya berlaku bila kita terlalu mempercayai maka dia akan ambil peluang untuk menipu kita.. 

So kisahnya beginilah... Aku jumpa member aku pagi tadi, sambil bersalam dan bertanya khabar dia tanya kat aku urusan apa aku pi kementerian ni... aku pun jawablah aku saja nak cari satu kebenaran sebab aku tak suka dengaq dari satu pihak. lepas tu member aku ni pun bagi tau kat aku yang dia ni pun datang ke kementeria ni atas urusan peribadi. Dia nak jumpa dengan seorang pegawai bagi mengesahkan satu kenyataan yang dia sendiri tak tau kepastian. Aku pun cakaplah dekat dia elok sangat lah kalau macam tu, tak baik kita dengaq dari satu pihak. Tapi dia ni dengaq cerita tu dari seorang sahabat dia yang rapat sangat dan selalu jumpa untuk pelbagai urusan. 

Cerita dia lagi, masa dia jumpa pegawai tu ada beberapa orang lagi member pegawai tu ada sekali dan dengan penuh khusuk dok dengaq la soalan yang dia tanya... senang cerita dia tanya straight foward dekat pegawai tu. Pegawai tu terus melenting akibat sahabat dia ni dah guna nama pegawai ni untuk jaja cerita kat luaq yang pegawai ni ambik duit dari dia. Member aku ni pun terkejut la ayat pertama yang keluaq dari mulut member aku ni "MUSIBAT PUNYA SAHABAT" sanggup tipu aku pasai nak sapu semua benda yang dia dapat... Pegawai tu pun habaq la kat member aku ni , ayat dia bunyi lebih kurang mcm ni la " Ko jangan risau, orang yang tipu ni kadang2 tembelang dia tak lama... contohnya tgk hari ni ko datang ko dah dapat satu maklumat yang berguna"... Aku pun lepas ni boleh lah berhati2 dengan sahabat aku ni... 

Di pendekkan cerita sebelum dia keluaq dari bilik pegawai tu... dia dapat la pesanan yang amat berguna "SAHABAT YANG MUSIBAT memang ramai dari SAHABAT YANG SANGGUP SUSAH SENANG BERSAMA... LEPAS NI KALAU NAK BEKAWAN UJI DULU JANGAN MAIN PERCAYA JA.... TAMBAH DIA LAGI KALAU JUMPA ULAQ DENGAN  SAHABAT KO NI , LEBIH BAIK KO KETUK DIA DULU BARU KO KETUK ULAR TU... DAN YANG TERAKHIR INSYALLAH BENDA YANG ORANG BUAT TAK ELOK KAT KITA SEKEJAP JE AKAN PECAH DAN TAK SELALUNYA TAHAN LAMA"

Masa kawan aku ni nak gerak balik dia cakap dekat aku "mie hang hati2 dengan kawan yang MUSIBAT macam ni, aku dah kena dah so aku nasihatkan hang kalau ada kawan2 yang macam ni better hang jangan kawan la" ... aku pun angguk la lepas tu dia kata nanti kita jumpa lagi .. dia ada cerita lagi best pasai duit RM184..... so pasai cerita ni lah dia pi confirm dengan pegawai tu.... aku pun apa lagi wowwww kan jelah ... insyallah lepas ni kalau aku jumpa dia aku nak tanya kisahni... yang pasti pegawai tu dah cerita habis kat dia... wallahualam......

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

p/s : CERITA NI TAKDAK KENA MENGENA DENGAN SAHABAT2 AKU YANG BAIKK.... CUMA SORANG JA AKU RASA SAHABAT AKU YANG PERANGAI DIA MACAM DALAM CERITA NI ... WALLAHUALAM..... 

SELAMAT MEMBACA!!!!

No comments: