Followers

Monday, September 26, 2016

PEROMPAK YANG JADI KAYA

Assalammualaikum... 

Alkisahnya.. pagi tadi semasa aku minum pagi , tiba2 datang seorang teman aku yang dah sekian lama tidak kutemui. Lalu dia memberi salam kepada aku dan aku dengan selamba menjawab salam dan mempelawa beliau untuk duduk semeja dengan aku. Sambil bertanya khabar lalu beliau memesan minuman 'teh o panas' sama seperti apa yang aku minum. 

Perbualan kami lebih terarah kepada cerita2 tentang kehidupan yang mana usia kami kini semakin meningkat dan hampir menjengah 4 series... hehehhe 

sambil berceloteh teman aku ni pun berkata lah... "Fahami ko tau tak .. hidup kita ni kadang2 kita tak tau bila kita nak pergi.." dengan nada yang agak serius. Aku yang duduk memerhatikan reaksi beliau terus angukkan saja kepala tanda setuju. Lalu aku mempersoalkan kenape tiba2 dia nak buka cerita ni.. "Ape maksud kau ni man... Macam ade yang tak kene je.." aku mempersoalkan beliau. 

"macam ni fahami, baru ni aku balik ke kampung aku di Johor".. Jasman memulakan cerita beliau. "Bile aku sampai di kampung tu, aku ade terserempak dengan seorang pakcik ni .. usia dia lebih kurang awal 60an.. Aku kebetulan menegur pakcik ni, aku tgk muke die ni agak gelisah jugak." "Pakcik nak pegi mane ni... Lalu pakcik kamal yang aku kenali lebih kurang 10 tahun ni pun menjawab, aku nak pegi minum tapi ko taulah man... orang kampung ni semua dah mula tak suka dekat aku..." Aku mula rasa agak menarik dengan cerita ni lalu aku pun mempelawa pakcik ni ke pekan untuk minum bersama aku. "pakcik jomlah kita pegi minum dekat pekan.. pakcik tinggal lah motor pakcik naik dengan saya" Pakcik kamal bersetuju lalu meninggalkan moto beliau di tepi pokok kelapa yang sudah berbuah dan tunggu masa untuk di petik oleh beruk tu dan naik kereta aku... 

"Man tak sangka sekarang kau dah berjaya ye.. " pakcik kamal menyapa aku dalam perjalanan menuju kedai minum. "Alhamdulillah la pakcik, hasil kesabaran dan usaha tanpa jemu saya ni.. ade lah sikit rezeki saya dan keluarga. Yang pasti saya usaha dengan titik peluh saya sendiri untuk berada dalam kedudukan saya yang sederhana ni." aku terus memandu menuju ke pekan. Sambil2 tu aku menjeling pakcik kamal yang agak murung selepas aku berkata2 begitu. 

"Baguslah man, kau usaha untuk berjaya macam yang kau ade hari ni, tapi kau jangan jadi seperti pakcik man"... aku terkejut lalu memaling muka memandang pakcik kamal... " Maksud pakcik? Bukankah pakcik jugak dah kaya raya dan ada anak2 yang kaya jugak ?? "

Pakcik kamal merupakan bekas pegawai kerajaan yang berjaya dengan mempunyai rumah besar dan kereta mewah. dari cerita yang aku dengar dari orang kampung dia berhenti sebagai pegawai kerajaan kerana nak menjalankan perniagaan. Dan aku anggap selama ini dia mampu dan berjaya kerana usaha beliau sendiri. 

Sampainya kami di kedai makan sambil memesan makanan pakcik kamal terus menyambung cerita beliau yang tertangguh dalam perjalanan tadi. "Memang betul man ape yang kau cakap tu, .. Semua orang cakap aku kaya, tapi niat aku ceritakan pada kau ni man sebab aku dah rasa tak selesa dengan hidup aku,... hidup aku jadi serba tak kena sekarang ni,.. semua orang dah tau cerita aku yang sebenarnya." Aku pun terkebil2 dan terus menanti cerita seterusnya dari beliau. 

"Masa pakcik kerja kerajaan dulu, pakcik selalu berlagak mewah, mewah bukan sebab gaji pakcik tinggi tapi sebab banyak taukey2 cina yang jaga pakcik, Kebetulah tu satu hari pakcik di tangkap oleh pegawai atasan pakcik atas sebab pakcik terima rasuah dan di arahkan berhenti kerja serta merta atau di kenakan tindakan disiplin. Pakcik pilih untuk berenti kerja sebab kebetulan isteri pakcik masa tu anak kepada seorang kenamaan yang boleh di katakan kaya. Jadi pakcik tak nak nampak macam pakcik ada salah, so pakcik bagi tau dekat keluarga isteri pakcik yang pakcik berenti untuk menjalankan perniagaan" sambung pakcik kamal meneruskan ceritanya sambil aku terus menjadi pendengar setia. 

"Berbekalkan modal duit rasuah yang pakcik terima dan juga isteri pakcik anak orang kenamaan pakcik pun mencuba untuk manjadi businessman. Alhamdulillah usaha pakcik yang berterusan dengan di bantu oleh bapak mertua pakcik, so pakcik berjaya strike 2 projek yang boleh di anggarkan besar jugak. Tapi projek yang pakcik dapat ni pun dengan jalan yang tak betul. dan dengan hasil ini jugaklah pakcik membesarkan anak2 pakcik." aku jadi terkejut dengan cerita beliau namun aku terus mendiamkan diri dan terus mendengar penjelasan beliau." Tapi man kebelakangan ni ramai yang dah tau cerita pakcik dan pakcik jadi malu untuk berdepan dengan masyarakat sebab pakcik hidup mewah bukan dengan hasil yang betul, pakcik hidup ibarat PEROMPAK YANG JADI KAYA" .... 

"Harta keluarga pakcik jugak pakcik ambil sehinggakan adik beradik pakcik buang pakcik dari keluarga, ini semua berlaku sebab pakcik terlalu tamak dan inginkan kesenangan dengan cepat tanpa berusaha. Anak2 pakcik man tengok mewah pun bukan hasil usaha die orang sendiri, tapi di sebabkan rezeki die orang nak dapat kawin dengan orang berada. Apepun hari ni pakcik menyesal dengan kehidupan pakcik, orang ramai dah mula tak menghormati pakcik di sebabkan pakcik berlagak sampai dah ade yang menghina keluarga pakcik. Pakcik terima hinaan ni sebab pakcik sedar ini semua kesilapan pakcik yang membesarkan anak2 pakcik dengan duit haram." .... Aku terus terdiam dan tidak lagi mahu mendengar cerita beliau, lalu aku pangil brader tu dan bayar makanan sambil memberitahu pakcik tu " PAKCIK JANGAN RISAU SAYA BAYAR MAKAN NI DENGAN HASIL TITIK PELUH SAYA BEKERJA" aku sambung lagi " DALAM HIDUP NI PAKCIK, KITA TAK PERLU NAK SOMBONG SANGAT DENGAN KEKAYAAN YANG KITA ADA DENGAN MENGHINA ORANG LAIN, BIARLAH APA YANG KITA ADA HARI NI SEBENARNYA UJIAN DARI ALLAH S.W.T YANG DI PINJAMKAN BUAT KITA," Selepas mendapat baki bayaran makanan kami pun naik kereta dan pulang sambil aku terus menasihatkan beliau pula. walaupun dia lebih tua dari aku, tapi sebagai seorang islam aku patut menasihati beliau. 

"PAKCIK,.. KITA DI BERI PELUANG UNTUK HIDUP SEKALI SAHAJA, JANGANLAH KEHIDUPAN KITA INI DI PERSIAKAN DENGAN MELAKUKAN PERKARA2 YANG TAK BAIK, KALAU PAKCIK DAH TAHU KESILAPAN PAKCIK CUBALAH PAKCIK PERBETULKAN BALIK... JANGANLAN BILA PAKCIK DAH MEROMPAK PAKCIK MASIH NAK TUNJUK BAGUS LAGI,... ANAK2 PAKCIK TU PUN PAKCIK NASIHAT LAH SAMA JANGAN JADI MACAM PAKCIK PULAK... BIARLAH KESILAPAN TU PAKCIK SORANG SAJA YANG BUAT... JANGAN LAH BUAT SECARA BERJEMAAH PULAK..." akhirnya aku sampai ketempat pakcik letak motor.. sebelum turun dari kereta aku dia sempat berkata.. " Banyak lagi benda yang pakcik nak cerita, tapi pakcik takut pakcik tak sempat nak taubat pulak nanti. apa pun pakcik doakan man berjaya dalam hidup dan jangan jadi perompak macam pakcik"... aku pula membalas dengan berkata... "PEROMPAK YANG KAYA HIDUP TAK BERKAT PAKCIK OIII... BERUBAHLAH PAKCIK SEBELUM TERLAMBAT" sambil angguk dia menutup pintu. 

"Tulah cerita aku Fahami, kadang2 manusia ni tamak sanggup buat apa saja"

"Man aku nak kene gerak dah ni nanti ada masa kita jumpa lagi ... best jugak cerita ko ni.. boleh aku jadikan pedoman hidup... so minum pagi ni ko nak bayar ke aku yang bayar." kami tergelak besar.. sambil man kate kat aku " ko jelah yang bayar fahami sebab aku tahu ko bukan PEROMPAK YANG KAYA " .... 

Kami pun balik lah ke ofis masing2... insyallah nanti kalau aku jumpa man lagi aku akan tanya cerita terbaru pakcik tu.... so ingatlah kita ni hidup hanya sementara... berbuat lah amal yang baik2 

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
Apakah orang yang dihiasi perbuatannya yang buruk (oleh setan) lalu ia menganggap perbuatannya itu baik, (sama dengan dengan orang yang tidak diperdaya setan?), maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. [Fathir/35:8]
Insyallah Sehingga kita bertemu lagi....... 

No comments: